Salah satu ciri menarik yang buat pertama kali diperkenalkan dalam barisan model Proton (tidak termasuk model ‘rebadged’) ialah tingkap kuasa dengan ciri anti perangkap (anti trap power window), yang mana kita boleh melihatnya pada model global terbaru P3-21A. Menurut maklumat awal, ciri tersebut hanya tersedia pada pintu sebelah pemandu sahaja, dan bukannya untuk keempat-empat pintu seperti yang saya jangkakan sebelum ini.
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, March 20, 2012 No comments READ FULL POST
Video seterusnya dari Proton Interactive Channel YouTube yang memaparkan keteguhan struktur binaan Proton P3-21A menggunakan teknologi RESS (Reinforced Safety Structure). Dengan teknologi tersebut, tidak hairanlah kenapa P3-21A mendapat penarafan 5-Bintang dari NCAP Australia.
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, March 20, 2012 No comments READ FULL POST

Lagi video berkenaan Proton P3-21A, kali ini menunjukkan bahagian enjin CFE 1.6 liter serta sistem Auto Rain & Light Sensors. Memandangkan Proton P3-21A adalah model global, jadi tidak hairanlah pelbagai ciri-ciri premium yang sebelum ini hanya dapat dilihat pada model mewah kini sudah ada pada model keluaran tempatan itu.
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, March 20, 2012 No comments READ FULL POST
Ini merupakan video terbaru dari siri beberapa video komersial berkenaan model global terbaru Proton P3-21A. Sebelum ini sudah empat video saya paparkan di dalam blog ini, dan anda boleh klik di sini untuk melihatnya.

Video terbaru siri kelima dan keenam ini menunjukkan sistem Touch Screen GPS dan Smart Info Display yang ada di bahagian panel papan pemuka P3-21A, termasuklah bahagian interior yang luas dan selesa.

Paparan meter cluster dengan pelbagai info untuk pemandu, sistem GPS skrin sesentuh dan penyambungan internet 4G dari Yes menjadikan P3-21A salah satu model sedan terbaik di dalam segmennya di negara kita. Ruang yang luas pula pasti memikat mereka yang sudah berkeluarga.
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, March 20, 2012 No comments READ FULL POST



Menarik video yang dikeluarkan Proton kali ini, kita boleh nampak lebih jelas ciri-ciri model terbaru P3-21A, saksikan kesemuanya.
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, March 20, 2012 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube