Kelmarin merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dan secara khususnya oleh peminat setia Proton. Bertempat di Putrajaya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (DSZ),  Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, telah mendedahkan nama sebenar model global terbaharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod rasmi P3-21A, dengan nama baharu Proton Preve.

Bukan itu saja, pada majlis yang sama yang diadakan khas untuk media termasuk sesi penerangan dan pandu uji, DSZ turut mengumumkan tarikh sebenar pelancaran Proton Preve yang telah ditetapkan pada 16hb. April 2012, di mana ianya bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan pengumuman itu, maka berakhirlah episod penantian dan rentetan spekulasi yang melanda Proton sebelum ini.

Berkenaan nama Preve, sebutan yang betul menurut DSZ ialah ‘Prae Vae’, namun secara jujurnya saya lebih suka menyebutnya sebagai ‘Pri Vi’, yang dirasakan lebih sesuai sebutannya untuk rakyat tempatan. Namun untuk pasaran antarabangsa terutamanya di negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Australia dan Eropah, sebutan ‘Prae Vae’ mungkin sesuai dan bersifat global.

Menurut Proton, perkataan Preve diambil dari perkataan Inggeris ‘to prove’, di mana dalam bahasa Melayu ianya bermaksud ‘untuk membuktikan’, bertujuan memberitahu kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa Proton mampu mengeluarkan kereta dengan mengikut piawaian dan standard global tertinggi. Proton Preve adalah bukti akan kemampuan Proton setakat ini dalam usahanya bersaing di pelbagai peringkat pasaran dunia.

Proton Preve ditawarkan dalam tiga varian utama bermula dengan varian permulaan M-Line yang tersedia dalam dua versi, sama ada dilengkapi transmisi manual lima kelajuan atau transmisi CVT 6-kelajuan, bersama-sama enjin CamPro 1.6 liter IAFM+. Varian tertinggi pula dilengkapi enjin turbo 1.6 liter CFE dengan kuasa mengujakan; 205Nm tork maksimum dan 138hp, seterusnya dipadankan transmisi CVT Protronic 7-kelajuan.

Diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City, Proton Preve dilihat mempunyai kelebihan kerana menawarkan pelbagai ciri-ciri terbaharu yang tiada pada pesaingnya.

Antaranya ialah 4 beg udara, ‘paddle shifter’, butang penghidup enjin, transmisi CVT, enjin lebih berkuasa, sistem suspensi belakang jenis multilink, teknologi ‘ride and handling’, dan yang paling penting ialah harganya bakal ditawarkan sekitar RM62K sehingga RM75k sahaja, jauh lebih murah daripada pesaing sekelasnya.

Dengan rupa paras menawan, ruang dalaman yang luas dan selesa serta ciri pemanduan menyeronokkan, Proton Preve merupakan buah tangan terbaik Proton sepanjang penubuhannya setakat ini. Walaupun ditawarkan dengan harga yang bukan lagi di dalam segmen ‘kereta rakyat’, Proton Preve tetap pilihan paling berbaloi jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.
Posted by Cerita Niaga On Thursday, April 05, 2012 No comments READ FULL POST
PG ANDERSON beraksi cemerlang apabila berjaya meraih tempat kedua keseluruhan pada Kejuaraan Asia Pacific Rally (APRC) yang berlangsung di Brother International Rally, Whangarei, New Zealand melibatkan laluan sejauh 283.28 kilometer.

Kepantasan Anderson di peringkat kelima berjaya yang dibezakan 28 saat di belakang pemandu Skoda Fabia S2000, Chris Atkinson dan tempat ketiga menjadi milik pelumba India, Gaurav Gill.

Rakan sepasukan yang juga penyandang juara APRC, Alister McRae turut mencatat keputusan membanggakan untuk meraih kedudukan keempat keseluruhan selepas melalui permulaan yang sukar.

Proton turut menyapu bersih kedudukan podium apabila juara bertahan kategori APRC 2WD Karamjit Singh meraih tempat pertama di hadapan Mike Young yang memandu 1600cc Satria Neo.

Sementara itu, penampilan pertama Kenneth Koh tidak mengecewakan yang berjaya menduduki tempat kedua, kategori APRC Junior di belakang Young.

Pengarah Kumpulan Pemasaran, Penjenamaan dan Motorsports, John Chacko berkata, penyertaan 1600cc Satria Neo membuktikan jenama Proton diterima di peringkat global.
Posted by Cerita Niaga On Wednesday, April 04, 2012 No comments READ FULL POST
So here we goes! Tiada apa lagi yang dapat disembunyikan berkenaan nama sebenar Proton P3-21A, gambar-gambar spyshots terbaru ini merupakan bukti paling jelas setakat ini. Mulai hari ini kita semua akan memanggil model global terbaharu Proton dengan nama Proton Preve, tidak kisah bagaimana bunyinya ketika anda menyebutnya di luar sana.

Berkenaan model Preve berwarna merah Fire Red di dalam gambar di atas, itu merupakan unit pandu uji yang bakal disediakan untuk pelanggan tidak lama lagi, namun tiada maklumat lanjut di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan. Secara keseluruhannya, penampilan Proton Preve dalam gambar terbaru ini berjaya memperlihatkan penampilan bahagian belakang yang lebih baik.

p/s : Ramai yang memuji model paling baharu keluaran Proton ini, tidak kurang juga yang mengkritik. Jika model Inspira kelihatan agak perlahan jualannya, saya percaya Proton Preve akan mencatatkan rekod jualan terbaru yang lebih laris. Mungkin harga untuk varian CFE kelihatan agak tinggi, tetapi jika menilai kepada spesifikasi enjin dan pelbagai ciri-ciri yang tiada pada pesaing sekelasnya, Proton Preve berbaloi untuk dimiliki.

Sumber : Funtasticko Design
Posted by Cerita Niaga On Wednesday, April 04, 2012 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube