So here we goes! Tiada apa lagi yang dapat disembunyikan berkenaan nama sebenar Proton P3-21A, gambar-gambar spyshots terbaru ini merupakan bukti paling jelas setakat ini. Mulai hari ini kita semua akan memanggil model global terbaharu Proton dengan nama Proton Preve, tidak kisah bagaimana bunyinya ketika anda menyebutnya di luar sana.
Berkenaan model Preve berwarna merah Fire Red di dalam gambar di atas, itu merupakan unit pandu uji yang bakal disediakan untuk pelanggan tidak lama lagi, namun tiada maklumat lanjut di mana gambar-gambar tersebut dirakamkan. Secara keseluruhannya, penampilan Proton Preve dalam gambar terbaru ini berjaya memperlihatkan penampilan bahagian belakang yang lebih baik.
p/s : Ramai yang memuji model paling baharu keluaran Proton ini, tidak kurang juga yang mengkritik. Jika model Inspira kelihatan agak perlahan jualannya, saya percaya Proton Preve akan mencatatkan rekod jualan terbaru yang lebih laris. Mungkin harga untuk varian CFE kelihatan agak tinggi, tetapi jika menilai kepada spesifikasi enjin dan pelbagai ciri-ciri yang tiada pada pesaing sekelasnya, Proton Preve berbaloi untuk dimiliki.
Sumber : Funtasticko Design
0 comments::
Post a Comment