Seperti mana diperkatakan oleh Funtasticko, imej Proton Preve yang telah menerima modifikasi ekstensif ini merupakan hasil kerja dan kreativiti bro Beruang Laut. Memang mantap, awal-awal lagi saya sudah mengesyaki yang Preve merupakan sebuah model yang cukup fleksible untuk menerima sebarang pengubahsuaian. Kita tunggu pula Proton Preve versi R3 nanti, mesti lagi gempak.

Sumber : Funtasticko Design
Posted by Cerita Niaga On Friday, April 20, 2012 No comments READ FULL POST
Bagi membuktikan bahawa standard pembuatan model global pertama Proton Preve menepati piawaian antarabangsa, Proton Holdings Berhad kini menawarkan tempoh jaminan lebih lama sehingga 5 tahun atau 150,000km perjalanan, mengikut mana yang tiba dahulu.

Bagi anda yang masih ragu-ragu, tempoh jaminan tersebut sudah mencukupi untuk anda anda tidur lena sambil memandu Preve tanpa dibayangi sebarang perasaan bimbang. Di sini juga saya paparkan galeri studio Proton Preve, cuma apa yang masih kurang ialah setakat ini masih belum ada foto bahagian interior bagi model manual.

-Arena Kereta
Posted by Cerita Niaga On Friday, April 20, 2012 No comments READ FULL POST
Kurang 24 jam selepas dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Proton telah melancarkan pula sesi konvoi dan jelajah Proton Preve ke seluruh negara. Antara tujuan utama sesi jelajah tersebut diadakan ialah bagi memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia agar dapat melihat model global pertama Proton itu dengan lebih dekat.

Bermula dari Sri Pentas di Bandar Utama, konvoi yang meneruskan tradisi lama Proton itu mengandungi lapan buah model Preve dan empat buah Inspira, serta termasuk sebuah model Persona dan Exora. Sebahagian daripada tradisi tersebut ialah sesi penyerahan kunci kereta kepada beberapa pelanggan bertuah, di mana mereka merupakan antara yang terawal membeli Preve.

Kunci tersebut diserahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bertempat di bilik pameran Platinum di Mutiara Damansara, lokasi pertama yang menjadi kunjungan konvoi jelajah selepas Sri Pentas.

“Preve merupakan sebuah model yang sangat dinamik dan membawa tahap keselamatan, prestasi, keselesaan, kualiti binaan, teknologi dan reka bentuk ke peringkat yang lebih tinggi. Pelancaran model tersebut menandakan suatu era baru yang menarik bagi Proton, dan pencapaian ini kami harap dapat dikongsikan bersama-sama rakyat Malaysia yang selama ini menjadi pemangkin kepada kejayaan berterusan Proton,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal.

Bagi mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang menanti penuh sabar untuk melihat dan memandu uji Preve buat pertama kali, bilik pameran Platinum Mutiara Damansara telah menerima dekoratif dan hiasan yang istimewa untuk menerima kedatangan pelanggan seawal bilik pameran dibuka pada jam 9.00 pagi.

Dua pelanggan terawal yang melihat Preve buat pertama kali melahirkan rasa kagum akan standard kualiti pada model itu. Pemilik Satria Neo R3 dari Mutiara Damansara Mohd Shafik, 26, melahirkan rasa terkejutnya kerana Preve sangat berbeza dengan model-model sebelumnya. Begitu juga dengan pendapat Mohd Sobri dari Mutiara Damansara.

Beliau berpendapat Preve mempunyai rekaan luaran yang unik dengan penampilan bahagian dalam yang cukup menarik. Tambah beliau lagi yang tidak sabar-sabar untuk memandu uji, beliau ingin merasai sendiri kemampuan enjin turbo kerana mengikut pengalamannya, enjin tersebut cukup mantap pada model Exora Bold. Beliau bercadang untuk menjual Wiranya bagi membeli Preve.

Selepas Mutiara Damansara, konvoi jelajah Proton Preve kemudiannya meneruskan perjalanan ke bilik pameran EON di Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur, di mana Dato’ Sri Haji Syed Zainal sempat beramah-mesra dengan para pelanggan di situ. Seperti di bilik pameran Mutiara Damansara, pelanggan mula mengunjungi bilik pameran itu seawal pagi dengan jumlahnya terus meningkat menjelang tengah hari.

Konvoi kemudiannya bertolak ke dua lagi tempat persinggahan iaitu Menara Maybank di Jalan Pudu, dan ibu pejabat AmBank Berhad di Jalan Yap Kwan Seng bagi memperkenalkan Preve dalam majlis yang diadakan. Kunjungan ke Menara Maybank telah menerima sambutan hangat dari setiap kakitangannya yang menyaksikan sendiri Dato’ Sri Haji Syed Zainal dan Presiden & CEO Maybank Dato’ Sri  Abdul Wahid Omar memperkenalkan Preve.

Dato’ Sri Abdul Wahid dalam kata-katanya telah melahirkan keyakinan yang model Preve bakal mencipta kejayaan kerana reka bentuknya yang menyerlah serta lengkap dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik. Tambah beliau lagi, hubungan Maybank dan Proton sentiasa kukuh, dengan setiap sebuah daripada empat buah kereta Proton yang terjual di Malaysia ketika ini dibiayai oleh pinjaman dari Maybank.

Sewaktu majlis memperkenalkan Preve di ibu pejabat Ambank Berhad pula, sambutan yang diterima daripada kakitangannya juga memberangsangkan apabila mereka beramai-ramai berkumpul di ruang lobi untuk melihat Preve dari jarak dekat. Tepukan gemuruh mengiringi sesi memperkenalkan Preve oleh Dato’ Sri Haji Syed Zainal dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Ambank Datuk Mohamed Azmi Mahmood.

Datuk Mohamed Azmi Mahmood telah melahirkan rasa sukacitanya kerana menjadi tuan rumah dalam menerima kunjungan jelajah Proton, serta gembira kerana pelanggan-pelanggan mereka menjadi antara yang pertama melihat Preve. Beliau berharap mereka akan membuat pilihan yang tepat apabila membeli kereta Proton dengan menggunakan skim pembiayaan dari Ambank.

“Proton telah menjadi rakan niaga kami yang cemerlang dan kami gembira untuk terus menyokong mereka menjadi rakan kongsi perniagaan kami,” tambahnya lagi.

Selepas acara melepaskan bendera oleh Dato’ Sri Hj Syed Zainal dan Datuk Mohamed Azmi, konvoi jelajah Preve meneruskan perjalanan ke dua destinasi seterusnya di Senawang dan Melaka, sebelum berhenti rehat pada malamnya di Johor Bahru.

Hari kedua jelajah ke seluruh negara pada keesokannya harinya akan menyaksikan konvoi tersebut melakukan perjalanan sejauh 560km merangkumi Yong Peng, Segamat, Bahau, Temerloh, Mentakab dan akan berhenti di Kuantan.

Sementara itu pada hari ketiga, perjalanan sejauh 450km akan membawa konvoi tersebut ke Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Jerteh, Bachok dan Kota Bharu.

Konvoi Preve akan berterusan ke Tanah Merah, Jeli, Baling, Sik, Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang pada hari berikutnya, sebelum tamat pada hari ke lima di Juru, Ipoh dan akhir sekali di Jalan Ampang pada 21 April 2012, di mana Dato’ Sri Syed Zainal Abidin akan menyambut kepulangan konvoi dan melancarkan bilik pameran terbaru Proton.

-Arena Kereta
Posted by Cerita Niaga On Friday, April 20, 2012 No comments READ FULL POST
At the Proton Prevé launch last night at the MIECC, a special version of the car was also seen – the Sapphire, as it’s called, is a concept drawn up by Proton Design to showcase the possibilities with the Prevé.

The car features a matte gun-metal finish, and the shade does look very fetching in the metal. Changes from the base version include a dark tan leather interior and two-tone five-spoke 18-inch alloys wrapped with Yokohama S.drive 225/40 series rubbers. Oh, and the braking system elements and ride height have seen changes as well.

There’s also a new, dynamic-looking front bumper, which transforms the nose and tightens the frontal presentation of the car – Proton’s head of styling, Azlan Othman, mentioned that the bumper is set to see the light of day at some point in the future.

Also on, new side skirts and a revised rear bumper, with additional lip strapped on. There’s plenty of contrast play against the matte exterior shade finish – silver highlights on the bumpers, brushed metal bits and window-frame chrome bezels dress things up further.

It looks sharp, the Sapphire. Word has it that this is a bit of a peek into what may turn out to be a Special Edition version in the months ahead. Like what you see?

-Paultan
Posted by Cerita Niaga On Friday, April 20, 2012 No comments READ FULL POST
Proton Preve, model terbaharu yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia akhirnya telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. Majlis gilang-gemilang itu telah dilangsungkan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Seri Kembangan bermula jam 8.00 malam.

Sekadar makluman, saya sebenarnya telah menerima jemputan secara rasmi oleh pihak Proton untuk sama-sama membuat liputan majlis pelancaran tersebut, tetapi apakan daya disebabkan beberapa masalah yang tidak dijangka, pada saat-saat akhir saya terpaksa membatalkan rancangan untuk ke sana. Tiada rezeki kali ini nampaknya, mungkin lain kali saya akan berpeluang.

Terus kepada topik asal, sebelum ini kita semua sudah mengetahui sedikit sebanyak berkenaan spesifikasi dan harga anggaran yang ditawarkan untuk model Preve. Tepat seperti jangkaan, Proton Preve ditawarkan dalam tiga varian, di mana  varian Executive merupakan model permulaan yang dilengkapi enjin CamPro 1.6 liter IAFM+, yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Varian Executive CVT pula merupakan varian pertengahan, masih menggunakan enjin 1.6 liter IAFM+, cuma bezanya ialah varian tersebut dilengkapi transmisi CVT (Continuously Variable Transmission) 6-kelajuan. Kedua-dua model mempunyai kuasa enjin 107hp@5,750rpm dan 150Nm@4,000rpm tork maksimum, sudah cukup berpadanan bagi enjin aspirasi normal dengan kapasiti 1.6 liter.


Menurut Proton, tahap penggunaan bahan api petrol bagi varian Executive manual ialah 6.2 liter bagi setiap 100 km perjalanan, manakala varian Executive CVT lebih menjimatkan pada kadar 5.8 liter bagi setiap 100 kilometer. Berkenaan kelajuan yang mampu dicapai, Executive manual mampu memecut sehingga 180 km/j, sementara versi CVT mencatatkan kelajuan puncak 170 km/j.

Varian paling tinggi yang ditawarkan pada model Preve ini sudah tentulah versi Premium yang dilengkapi enjin CFE yang cukup berkuasa hasil daripada bantuan sistem turbo. Dengan kuasa impresif pada angka 138hp@5,000rpm bersama-sama tork maksimum 205Nm yang tersedia pada putaran enjin seawal 2,000rpm sehingga 4,000rpm, tiada model lain sekelasnya yang mampu memberikan saingan.

Melihat kepada prestasi enjin yang dipadankan transmisi CVT 7-kelajuan ProTronic dan ‘paddle shifter’ itu, Preve Premium mampu memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh hanya 9.6 saat, sebelum kelajuan maksimum mencecah 190 km/j. Namun, penggunaan petrol bagi model tersebut merupakan yang paling tinggi, di mana bacaan dari ujian yang dilakukan oleh Proton mencatatkan jumlah 6.6 liter bagi setiap 100 km.

Disebut-sebut sebagai model terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton sepanjang penubuhannya selama 27 tahun sehingga kini, saya bersetuju sepenuhnya. Pelbagai ciri-ciri menarik ditawarkan melalui model Preve ini, jadi tidak hairanlah Proton awal-awal lagi melaungkan bahawa Preve adalah model yang menepati piawaian dan standard tinggi yang ditetapkan pada peringkat pasaran global.

Dengan reka bentuk luaran yang cukup bergaya dan memukau, Proton Preve dibangunkan menggunakan komponen besi yang teguh dan tegar, hasil daripada teknologi RESS (Reinforced Safety Structure) dan HPF (Hot Press Forming), menjadikan struktur kerangka keseluruhan lebih kuat. Ini menjadikannya sebuah model yang lebih selamat untuk pemandu dan penumpang. Sabagai info, Preve telah menerima pengiktirafan 5-Bintang dari MyVAP dan NCAP Australia.

Preve dilengkapi sistem keselamatan standard seperti ABS dengan EBD, dan tambahan BA (Brake Assist and Traction Control) serta teknologi baharu ESC (Electronic Stability Control) pada varian Premium, selain empat beg udara yang berada di bahagian depan dan tepi (Premium sahaja). Untuk pemberhentian yang lebih selamat, kesemua varian dilengkapi brek cakera di keempat-empat roda yang bersaiz 16 inci, dengan penggunaan tayar bersaiz 205/55 siri.

Sistem suspensi merupakan antara yang paling mengujakan, apabila bahagian depan MacPherson digabungkan dengan sistem multilink dibelakangnya, sesuatu yang sangat jarang-jarang dijumpai pada model-model popular lain di pasaran tempatan ketika ini. Dengan sistem suspensi terbaik yang kemudiannya digabungkan dengan teknologi ‘Proton Ride & Handling’, kepuasan pemanduan pastinya sukar diucapkan bagi yang tahu menghargainya.

Bahagian dalam menyaksikan kehadiran ruang yang luas dan selesa untuk penumpang, selain ruang but belakang paling luas di dalam kelasnya sehingga 508 liter, cukup untuk anda memuatkan pelbagai barang-barang keperluan harian dan aktiviti. Tempat duduk walaupun tidak ditawarkan dengan balutan kulit, ianya menggunakan fabrik jenis kalis air, mungkin versi akan datang bakal tampil dengan balutan kulit mewah.

Pelbagai ciri-ciri menarik lain antaranya seperti paparan SID (Smart Info Display) yang memberi pelbagai maklumat dan petunjuk berguna kepada pemandu, sambungan internet YES 4G, tingkap dengan fungsi anti-trap (sebelah pemandu sahaja), lampu kabus depan dan belakang, lampu projektor dengan LED posisi dan fungsi lampu ‘follow me home’, serta rekaan lampu belakang LED yang bagi saya cukup cantik dan sporty.

Varian Preve Premium menerima pelbagai lagi tambahan spesifikasi yang menarik seperti Front Active Headrest, butang penghidup Push Start, kawalan cruise, auto headlamp, cermin sisi lipat automatik, spoiler belakang, auto wiper, auto climate air conditioner, paddle shifters, sistem audio (CD MP3/Bluetooth, USB dan iPod) yang berintergrasi dengan sistem navigasi GPS dan didatangkan dengan skrin sesentuh.

Proton Preve ditawarkan dalam enam warna menarik iaitu Putih (Solid White), Hitam (Tranquility Black), Perak (Genetic Silver), Biru (Blue Lagoon), Merah (Fire Red) dan Coklat (Elegant Brown). Saya paling berkenan dengan warna merah, kerana dirasakan sesuai dengan karakter Preve yang kelihatan agresif dan berprestasi.

Harga antara yang paling menarik perhatian ramai apabila ia diumumkan lebih rendah daripada harga anggaran sebelumnya. Sama seperti harga tidak rasmi yang bocor terlebih awal sebelum ini, varian Executive manual 5-kelajuan berharga RM59,540.00 (Solid) dan RM59,990.00 (Metalik). Executive CVT pula berharga RM62,540.00 (Solid) dan RM62,990.00 (Metalik).

Seterusnya varian Premium ditawarkan sebanyak RM72,540.00 (Solid) dan RM72,990.00 (Metalik). Kesemua harga merupakan harga atas jalan lengkap dengan insuran. Model yang paling diperkatakan ini sudah boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran Proton yang berdekatan mulai hari ini.

Dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang cukup bergaya dan sporty, di samping kehadiran pelbagai ciri-ciri dan spesifikasi menarik, bagi saya harga yang ditawarkan untuk model Preve ini berada pada tahap cukup berpatutan. Pesaingnya dijual pada harga lebih tinggi namun dengan spesifikasi lebih rendah, membuktikan bahawa Preve adalah model paling berbaloi untuk dimiliki ketika ini.

  • The Prevé 1.6 Premium CVT: RM72,990 (metallic) and RM72,540 (solid)
  • The Prevé 1.6 Executive CVT: RM62,990 (metallic) and RM62,540 (solid)
  • The Prevé 1.6 MT Executive: RM59,990 (metallic) and RM59,540 (solid)
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, April 17, 2012 No comments READ FULL POST
KUALA LUMPUR - Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today hinted that Proton Holdings Bhd Managing Director Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir might not want to continue leading the national car maker under the ownership of DRB-Hicom Bhd.

Mahathir, who is also Proton adviser, said in Syed Zainal's case, there was no question of sacking but merely a question of an agreement between the latter and DRB-Hicom as to how best to deal with the problem of redundancy.

"DRB-Hicom is quite entitled to change the MD because they now own Proton but at the moment Syed Zainal is still the managing director and he is getting paid for the position.

"But of course he might not want to continue. It's his choice," Mahathir told reporters after chairing a Roundtable High Level Strategy Session organised by the National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia.

He was commenting on news report that Syed Zainal would be removed as managing director of the company after the launch of the Proton Preve sedan model tonight.

When asked on the potential successor, Mahathir said: "I think if Syed Zainal is not there, DRB-Hicom has to place someone there.

"Maybe, one of their own DRB-Hicom people who are experienced in the automotive industry (could fill the position)," he said.

Last week, a business daily reported that Syed Zainal had handed in his resignation, days before launching its latest model and weeks after DRB-Hicom took over the loss-making company.

However, later on the same day, Proton issued a statement refuting the news report by saying: "Syed Zainal is still holding the position of Group Managing Director of Proton and his services are still required in the company".

It is believed that DRB-Hicom Chief Operating Officer Datuk Lukman Ibrahim is poised to take over from Syed Zainal. Syed Zainal, 50, who ventured into the automobile industry by becoming Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Senior General Manager in 1999 and later the company's Deputy Managing Director in 2005, was appointed Proton's Managing Director on January 1, 2006.

In January, state asset manager Khazanah Nasional Bhd announced the sale of its 42.74 per cent stake in Proton to DRB-Hicom for RM1.291 billion.

The sale was concluded last month and DRB-Hicom appointed its Managing Director Datuk Seri Mohd Khamil Jamil as Proton Executive Chairman and Executive Director, replacing Datuk Seri Nadzi Salleh, who tendered his resignation days after the completion of the deal.

-Bernama
Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 No comments READ FULL POST

Sebelum ini anda melihat Proton Preve berwarna putih versi bilik pameran, kali ini saya paparkan pula Proton Preve berwarna merah (Fire Red) versi unit pandu uji. Menariknya, paparan bahagian interior yang dipaparkan bersama-sama kali ini begitu jelas dan secara tidak langsung menyerlahkan lagi kehebatan model terbaharu Proton ini.
Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 No comments READ FULL POST
Tinggal 3 hari sahaja lagi menjelang pelancaran model terbaharu Proton Preve yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, beberapa keping gambar model itu versi bilik pameran sudah tersebar di dalam internet. Apa yang anda lihat di sini ialah sebuah Proton Preve berwarna putih yang sudah berada di dalam bilik pameran, mungkin itu merupakan versi Premium dengan enjin CFE.
Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 No comments READ FULL POST
Sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan jenamanya kepada masyarakat, PROTON telah menyumbangkan dua buah kenderaan MPV (Multi Purpose Vehicle) pelbagai gunanya iaitu Exora kepada dua buah organisasi bukan kerajaan (NGO) terkemuka, Malaysian AIDS Council (MAC) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

Kedua-dua buah Exora tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Encik Ahmad Suhaimi Mohamad Anuar kepada Presiden MAC, YBhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan dan Presiden PEYATIM, YM Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor sewaktu majlis penyerahan di Pusat Kecemerlangan PROTON hari ini.

Dalam kata-katanya, Ahmad Suhaimi melahirkan rasa bangga dari PROTON kerana dapat bersama-sama bekerjasama dengan NGO yang telah banyak memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat. Tambah beliau lagi, tanpa sokongan dari rakyat Malaysia selama ini, sudah tentu PROTON tidak akan berada pada tahap seperti sekarang ini, jadi sebagai sebuah syarikat nasional, mereka sentiasa ingin menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.

Ini bukanlah kali pertama PROTON memberikan sumbangan kenderaan dalam usahanya membantu masyarakat, malah mereka pernah memberi sumbangan kenderaan kepada banyak pihak antaranya seperti National Heart Institute (IJN) Foundation, MERCY Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Selain itu, PROTON juga menjadi pembekal kereta rasmi untuk banyak acara sukan antarabangsa yang diadakan di negara ini seperti Le Tour de Langkawi dan kejuaraan badminton Terbuka Malaysia dan Piala Thomas.

Menurut Ketua Komunikasi Kumpulan PROTON, En. Izad Hj. Raya, walaupun mereka komited untuk meningkatkan segala aspek berkaitan syarikat dan jenama selaras dengan janji ‘Komited Untuk Menjadi Lebih Baik’ (Committed To Be Better), mereka juga percaya adalah penting untuk menyumbang sesuatu atas sebab-sebab positif yang seterusnya dapat memperbaiki kehidupan orang lain.

Tambahnya lagi, adalah menjadi harapan mereka semua bahawa kerjasama dengan dua NGO berkenaan akan mendekatkan lagi jenama PROTON di dalam kalangan masyarakat.
Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 No comments READ FULL POST
Sekitar tahun 2005-2008 dahulu setelah Perodua Myvi mula diperkenalkan ke pasaran tempatan, Proton mula menerima kesan kejatuhan jualan setiap modelnya pada jumlah yang agak ketara. Selepas tahun 2005, Proton tidak lagi memegang takhta sebagai syarikat automotif nombor 1 di Malaysia dari segi jumlah jualan, sebaliknya Perodua mula melebarkan pengaruhnya tanpa dapat disekat lagi sehingga kini.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Proton ketika itu ialah ketiadaan model-model terbaru yang mampu bersaing, sementelah model-model seperti Wira, Waja, Gen2 dan Savvy kelihatan agak lama dan kurang menarik untuk pasaran yang sentiasa berubah. Tetapi mujurlah Proton telah melancarkan model terbaru Persona pada tahun 2007, diikuti model kompak Saga BLM pada tahun berikutnya.

Proton Persona mendapat maklum balas yang cukup baik dari pasaran di mana jumlah jualannya pada setiap bulan berada pada tahap cukup menggalakkan, begitu juga dengan jumlah jualan Saga BLM. Sehingga kini model Persona Elegance yang menerima ‘facelift’ pada tahun 2010 masih mendapat permintaan yang memberangsangkan, begitu juga dengan model Saga BLM yang telah berevolusi kepada beberapa varian, salah satunya ialah Saga FLX SE.

Kemudiannya kira-kira hampir 2 tahun yang lalu, Proton telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa model terbaru yang dikenali dengan nama panggilan Persona R (kemudiannya dikenali dengan kod P3-21A) akan dilancarkan pada tahun 2012 sebagai pengganti model Persona sedia ada. Seperti mana kita semua sedia maklum, Proton Preve yang akan dilancarkan pada 16hb. April depan ialah Persona R yang dimaksudkan.

Tetapi apa yang perlu kita tahu sekarang ini ialah terdapat sedikit perubahan yang dilakukan oleh Proton berkenaan pemberhentian pengeluaran model Persona memandangkan permintaan pasaran untuk model itu masih menggalakkan. Menurut laporan, hanya model Persona Elegance H-Line dan M-Line sahaja yang akan dihentikan pengeluaran, sebaliknya pengeluaran model B-Line yang merupakan varian asas akan diteruskan seperti biasa.

Jika masih ada yang berminat untuk memiliki sebuah Persona Elegance H-Line dan B-Line, hasrat anda itu mungkin tidak kesampaian kerana kebanyakan pusat edaran Proton telah kehabisan stok, anda hanya masih boleh menempah varian M-Line sahaja yang berharga antara RM46K – RM49K.

Proton Preve sebenarnya adalah model yang lebih baik berbanding model Persona Elegance H-Line dan B-Line, jadi dengan perbezaan harga yang tidak terlalu besar, keputusan Proton untuk menghentikan pengeluaran kedua-dua varian tersebut adalah tepat. Berikut ialah harga Persona Elegance H-Line dan B-Line, serta harga (estimated price) Proton Preve;

Harga Proton Persona Elegance 1.6 M-Line & H-Line : RM52,763.00 – RM59,263.00
Harga Proton Preve : RM59,540.00 – RM72,990.00

p/s : Hasil pemerhatian, banyak juga model Persona Elegance B-Line yang saya lihat berada di atas jalan raya. Memang patut pengeluaran varian itu diteruskan, sekurang-kurangnya boleh menjadi pilihan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki model Preve, tetapi mahukan sebuah kereta yang lebih baik berbanding Saga FLX.

Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 1 comment READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube