Ini merupakan video terbaru dari siri beberapa video komersial berkenaan model global terbaru Proton P3-21A. Sebelum ini sudah empat video saya paparkan di dalam blog ini, dan anda boleh klik di sini untuk melihatnya.

Video terbaru siri kelima dan keenam ini menunjukkan sistem Touch Screen GPS dan Smart Info Display yang ada di bahagian panel papan pemuka P3-21A, termasuklah bahagian interior yang luas dan selesa.

Paparan meter cluster dengan pelbagai info untuk pemandu, sistem GPS skrin sesentuh dan penyambungan internet 4G dari Yes menjadikan P3-21A salah satu model sedan terbaik di dalam segmennya di negara kita. Ruang yang luas pula pasti memikat mereka yang sudah berkeluarga.
Posted by Cerita Niaga On Tuesday, March 20, 2012 No comments

0 comments::

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube