Memang sah model baharu Proton yang sebelum ini dikenali dengan kod P3-21A telah diberi nama Proton Preve. Apa maksudnya nama Preve itu mungkin akan didedahkan sendiri oleh pihak Proton apabila model itu dilancarkan secara rasmi nanti, berkemungkinan besar pada tarikh 6hb. April depan, sama-sama kita tunggu.
Salah satu ciri menarik yang buat pertama kali diperkenalkan dalam barisan model Proton (tidak termasuk model ‘rebadged’) ialah tingkap kuasa dengan ciri anti perangkap (anti trap power window), yang mana kita boleh melihatnya pada model global terbaru P3-21A. Menurut maklumat awal, ciri tersebut hanya tersedia pada pintu sebelah pemandu sahaja, dan bukannya untuk keempat-empat pintu seperti yang saya jangkakan sebelum ini.
Lagi video berkenaan Proton P3-21A, kali ini menunjukkan bahagian enjin CFE 1.6 liter serta sistem Auto Rain & Light Sensors. Memandangkan Proton P3-21A adalah model global, jadi tidak hairanlah pelbagai ciri-ciri premium yang sebelum ini hanya dapat dilihat pada model mewah kini sudah ada pada model keluaran tempatan itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)