Tinggal 3 hari sahaja lagi menjelang pelancaran model terbaharu Proton Preve yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, beberapa keping gambar model itu versi bilik pameran sudah tersebar di dalam internet. Apa yang anda lihat di sini ialah sebuah Proton Preve berwarna putih yang sudah berada di dalam bilik pameran, mungkin itu merupakan versi Premium dengan enjin CFE.
Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 No comments READ FULL POST
Sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan jenamanya kepada masyarakat, PROTON telah menyumbangkan dua buah kenderaan MPV (Multi Purpose Vehicle) pelbagai gunanya iaitu Exora kepada dua buah organisasi bukan kerajaan (NGO) terkemuka, Malaysian AIDS Council (MAC) dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM).

Kedua-dua buah Exora tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Encik Ahmad Suhaimi Mohamad Anuar kepada Presiden MAC, YBhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan dan Presiden PEYATIM, YM Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor sewaktu majlis penyerahan di Pusat Kecemerlangan PROTON hari ini.

Dalam kata-katanya, Ahmad Suhaimi melahirkan rasa bangga dari PROTON kerana dapat bersama-sama bekerjasama dengan NGO yang telah banyak memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat. Tambah beliau lagi, tanpa sokongan dari rakyat Malaysia selama ini, sudah tentu PROTON tidak akan berada pada tahap seperti sekarang ini, jadi sebagai sebuah syarikat nasional, mereka sentiasa ingin menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan.

Ini bukanlah kali pertama PROTON memberikan sumbangan kenderaan dalam usahanya membantu masyarakat, malah mereka pernah memberi sumbangan kenderaan kepada banyak pihak antaranya seperti National Heart Institute (IJN) Foundation, MERCY Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Selain itu, PROTON juga menjadi pembekal kereta rasmi untuk banyak acara sukan antarabangsa yang diadakan di negara ini seperti Le Tour de Langkawi dan kejuaraan badminton Terbuka Malaysia dan Piala Thomas.

Menurut Ketua Komunikasi Kumpulan PROTON, En. Izad Hj. Raya, walaupun mereka komited untuk meningkatkan segala aspek berkaitan syarikat dan jenama selaras dengan janji ‘Komited Untuk Menjadi Lebih Baik’ (Committed To Be Better), mereka juga percaya adalah penting untuk menyumbang sesuatu atas sebab-sebab positif yang seterusnya dapat memperbaiki kehidupan orang lain.

Tambahnya lagi, adalah menjadi harapan mereka semua bahawa kerjasama dengan dua NGO berkenaan akan mendekatkan lagi jenama PROTON di dalam kalangan masyarakat.
Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 No comments READ FULL POST
Sekitar tahun 2005-2008 dahulu setelah Perodua Myvi mula diperkenalkan ke pasaran tempatan, Proton mula menerima kesan kejatuhan jualan setiap modelnya pada jumlah yang agak ketara. Selepas tahun 2005, Proton tidak lagi memegang takhta sebagai syarikat automotif nombor 1 di Malaysia dari segi jumlah jualan, sebaliknya Perodua mula melebarkan pengaruhnya tanpa dapat disekat lagi sehingga kini.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Proton ketika itu ialah ketiadaan model-model terbaru yang mampu bersaing, sementelah model-model seperti Wira, Waja, Gen2 dan Savvy kelihatan agak lama dan kurang menarik untuk pasaran yang sentiasa berubah. Tetapi mujurlah Proton telah melancarkan model terbaru Persona pada tahun 2007, diikuti model kompak Saga BLM pada tahun berikutnya.

Proton Persona mendapat maklum balas yang cukup baik dari pasaran di mana jumlah jualannya pada setiap bulan berada pada tahap cukup menggalakkan, begitu juga dengan jumlah jualan Saga BLM. Sehingga kini model Persona Elegance yang menerima ‘facelift’ pada tahun 2010 masih mendapat permintaan yang memberangsangkan, begitu juga dengan model Saga BLM yang telah berevolusi kepada beberapa varian, salah satunya ialah Saga FLX SE.

Kemudiannya kira-kira hampir 2 tahun yang lalu, Proton telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa model terbaru yang dikenali dengan nama panggilan Persona R (kemudiannya dikenali dengan kod P3-21A) akan dilancarkan pada tahun 2012 sebagai pengganti model Persona sedia ada. Seperti mana kita semua sedia maklum, Proton Preve yang akan dilancarkan pada 16hb. April depan ialah Persona R yang dimaksudkan.

Tetapi apa yang perlu kita tahu sekarang ini ialah terdapat sedikit perubahan yang dilakukan oleh Proton berkenaan pemberhentian pengeluaran model Persona memandangkan permintaan pasaran untuk model itu masih menggalakkan. Menurut laporan, hanya model Persona Elegance H-Line dan M-Line sahaja yang akan dihentikan pengeluaran, sebaliknya pengeluaran model B-Line yang merupakan varian asas akan diteruskan seperti biasa.

Jika masih ada yang berminat untuk memiliki sebuah Persona Elegance H-Line dan B-Line, hasrat anda itu mungkin tidak kesampaian kerana kebanyakan pusat edaran Proton telah kehabisan stok, anda hanya masih boleh menempah varian M-Line sahaja yang berharga antara RM46K – RM49K.

Proton Preve sebenarnya adalah model yang lebih baik berbanding model Persona Elegance H-Line dan B-Line, jadi dengan perbezaan harga yang tidak terlalu besar, keputusan Proton untuk menghentikan pengeluaran kedua-dua varian tersebut adalah tepat. Berikut ialah harga Persona Elegance H-Line dan B-Line, serta harga (estimated price) Proton Preve;

Harga Proton Persona Elegance 1.6 M-Line & H-Line : RM52,763.00 – RM59,263.00
Harga Proton Preve : RM59,540.00 – RM72,990.00

p/s : Hasil pemerhatian, banyak juga model Persona Elegance B-Line yang saya lihat berada di atas jalan raya. Memang patut pengeluaran varian itu diteruskan, sekurang-kurangnya boleh menjadi pilihan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki model Preve, tetapi mahukan sebuah kereta yang lebih baik berbanding Saga FLX.

Posted by Cerita Niaga On Monday, April 16, 2012 1 comment READ FULL POST


Jean Alesi at the wheel of the Prevé. He gives us his thoughts on how the Prevé drives – the power, the braking and the handling. Then he moves to the design of the car and how he likes its shape. Also, watch out for French tiger claws.
Posted by Cerita Niaga On Sunday, April 08, 2012 No comments READ FULL POST
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube